Pengenalan
RAUDHAH UMRAH & HAJI SERVICES merupakan agensi pelancongan yang memberikan perkhidmatan pelancongan yang menyeluruh. Dengan pengalaman yang lebih daripada 10 tahun dalam perniagaan perkhidmatan perlancongan,Raudhah menyediakan pakej dan servis pelancongan yang memenuhi keperluan dan permintaan dalam negeri dan luar negara. Raudhah merupakan sebuah syarikat tempatan yang mempunyai servis yang mantap dan ekstensif ke destinasi pelancongan di merata dunia. Perkhidmatan Berkualiti dan Berpatutan merupakan keutamaan kami...
Sejak ditubuhkan, kami telah memberikan perkhidmatan yang menyeluruh dan jawapan kepada segala soal pelancongan yang dihadapi oleh anda . Servis kami juga dilaksanakan untuk memenuhi kehendak dan permintaan yang dispesifikasikan oleh pelanggan anda. Kami menawarkan khidmat dan servis pelancongan kepada individu, kumpulan, badan korporat dan institusi-institusi. Dengan Raudhah, segala kemusykilan pelancongan anda akan ditangani.
RAUDHAH UMRAH & HAJI SERVICES mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam menyediakan penyelesaian kepada pelanggan kami. Kebanyakkan daripada pelanggan kami merupakan syarikat konglomerat tempatan, Syarikat SME, pelancong tempatan dan antarabangsa. Kami juga terkenal dalam menawarkan pakej dan tiket yang berpatutan dan istimewa kepada pelanggan kami.
Dengan RAUDHAH UMRAH & HAJI SERVICES impian dan hajat pelancongan anda sememangnya akan menjadi realiti dan dapat dikecapi. PERGI DENGAN HARAPAN, PULANG DENGAN KESYUKURAN merupakan motto kami. Tenangkan fikiran, melancong bersama RAUDHAH.
Komitmen Kami
RAUDHAH UMRAH & HAJI SERVICES juga menawarkan harga berpatutan. Segala permintaan dan harapan pelancong kami diberikan keutamaan. RAUDHAH UMRAH & HAJI SERVICES juga terkenal dengan dedikasi dan pengetahuan yang luas dalam menyediakan servis yang terbaik kepada pelanggannya. Segala perkidmatan yang diberikan adalah cukup menyakinkan. Dengan Raudhah, permintaan pelancongan anda pasti dipenuhi dan adalah kebiasaan kepada kami untuk menawarkan pakej yang berpatutan...
Di Raudhah setiap pelanggan akan dilayan dengan penuh kehormatan walaupun tempahan pelancongannya kecil. Kami mementingkan setiap pelanggan kami biarpun tempahan kecil atau besar. Kami hormat dan bersyukur kepada segala rezeki yang diberikan. Segala tempahan akan dilayan dengan penuh keprihatinan. Kami berbangga diberi peluang untuk memberikan khidmat professional pelancongan kami kepada pelanggan kami.Sebagai agen pelancongan anda, Raudhah adalah komitted dalam menyediakan servis yang beretika dan penuh professional. Kami memahami keperluan pelancongan anda dan anda sememangnya boleh mengecapi ketenangan semasa melancong ke destinasi impian anda.
"Tenangkan Fikiran, Melancong Bersama RAUDHAH"
Falsafah Kami
Falsafah kami adalah merealisasikan permintaan pelanggan semasa mereka menjelajahi kawasan pelancongan impian mereka di setiap masa.
Misi dan Visi
Menjadi agensi pelancongan yang mengutamakan khidmat pelancongan.
Melayani & memenuhi harapan pelancongan pelanggan. Melihat impian dan hajat pelanggan sebagai matlamat dan objektif kami..
Menjadi sebuah agensi pelancongan yang memberikan keutamaan kepada setiap lapisan masyarakat.
Moto
"Pergi dengan harapan, pulang dengan kesyukuran"
Pautan Kami
RAUDHAH UMRAH & HAJI SERVICES mementingkan kepercayaan yang diberikan oleh anda dan tahap kepuasan terhadap servis kami kepada pelanggan kami adalah konsisten dari segi kualiti dan mutu. Dengan rekod prestasi yang konsisten dalam setiap masa, kami memastikan impian pelancongan anda akan direalisasikan dan bukan setakat angan-angan...
Raudhah merupakan sebuah syarikat tempatan yang dimiliki 100% oleh Bumiputera Malaysia. Ia didaftarkan dibawah Akta Industri Pelancongan 1992 dan merupakan ahli Malaysian Associated of Tour and Travel Agents (MATTA).
Selain daripada Free & Easy, Pakej Berkumpulan & Individu, Haji & Umrah, Pakej Tiket Korporat, Kami juga menawarkan perkhidmatan yang dispesifikasikan oleh pelanggan kami ke destinasi di seluruh dunia.
Perkhidmatan kami yang dipercayai dan boleh diharapkan telah memberikan keyakinan kepada pelanggan kami. Kami menerima tindak balas yang positif daripada pelanggan yang pernah mendapatkan khidmat pelancongan kami. Ini telah menjadi testimoni kepada setiap anggota kami di Raudhah.
Kami berbangga untuk menjadi rakan agensi pelacongan yang rasmi bagi Hari Keluarga Great Eastern dan MRCB.
| | | | | |
| | | | | |
| | |